Terkedu Terus Makcik Tuan Kedai Lihat YDP Agong Masuk Dan Ini Yang Dipesan Baginda

Terkedu Terus Makcik Tuan Kedai Lihat YDP Agong Masuk Dan Ini Yang Dipesan Baginda, Jika sebelum ini gaya bersahaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah yang disifatkan sangat comel dan anggun serta sering menjadi buah mulut masyarakat, kali ini giliran YDP Agong pula yang mendapat tumpuan.

Malah sejak beberapa hari sebelum ini juga tular berita tentang Baginda yang sanggup turun dari kenderaan untuk melihat mngsa kmlangan jalan raya. Lebih mengharukan apabila Tuanku telah menitahkan pengiring baginda supaya mengiringi mngsa ke hospital.

Terbaru, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan sisi bersahaja dan merendah diri baginda sewaktu dirakam sedang bersantap di sebuah restoran.

Foto tersebut disiarkan menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara, sewaktu baginda mencemar duli di restoran Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya.

Baginda tiba ke premis berkenaan untuk bersantap selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Melawati, pada Rabu.

Menerusi tiga foto yang dikongsi, baginda dilihat sedang berbual dengan beberapa individu yang berada di lokasi itu.

Ia bukanlah kali pertama Sultan Abdullah dirakam sedang menikmati hidangan di restoran biasa seperti orang kebanyakan.

Sebelum ini, baginda pernah menjadi perhatian sewaktu berkunjung ke restoran makanan segera KFC di Temerloh, Pahang.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, video yang dikongsi di Instagram Istana Negara memaparkan baginda memakai suit lengkap bertali leher itu memasuki restoran berkenaan lantas memesan sendiri minuman.

” Apa ada jual?” tanya Tuanku kepada peniaga restoran berkenaan.

Dijawab peniaga itu, “macam-macam ada Tuanku” sebelum bertanyakan air apakah yang diinginkan Tuanku.

Dalam keadaan santai sambil meninjau suasana di dalam restoran, Tuanku kemudiannya bertanyakan jika air teh tarik ada dijual di situ.

” Air apa ada? Teh tarik ada? Teh tarik satu,” katanya kepada wanita yang mengambil pesanan baginda.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memuji keperibadian Tuanku yang disifatkan seorang yang sangat merendah diri.

” Daulat tuanku ni la namanya resmi padi,makin berisi makin menunduk. Lagipun,allah x nilai kita dari pangkat n harta. Semuanya sama d Sisi Allah. Ni barulah “Raja”..”

Sumber : mstar Via Kini trending