Ini Adalah Pengalaman Manis Buat saya

Ini Adalah Pengalaman Manis Buat saya

PELAKON terkenal, Adam Corrie Lee mengakui terkejut dan terharu apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenalinya sebagai anak seni.

Adam Corrie ketika dihubungi berkata, dia sama sekali tidak menyangka baginda turut memenuhi permintaannya untuk mengambil gambar bersama.

“Sebenarnya, saya dijemput oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyampaikan puisi sempena sambutan Maal Hijrah dan majlis ini turut dihadiri oleh baginda serta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketika berada di pentas, saya lihat baginda tersenyum melihat saya. Mungkin baginda fikir saya berlakon ‘gangste3r’ tapi berada di pentas untuk memeriahkan sambutan Maal Hijrah di Putrajaya.

“Masya-Allah, tabaraka-Allah. Saya tidak sangka dapat bergambar bersama dengan baginda. Malahan, ketika itu tidak ada yang halang saya pun. Ini adalah pengalaman manis buat saya,” katanya.

Katanya, disebabkan terlalu terkejut, dia juga hanya dapat menjawab pertanyaan baginda selepas diulang pada kali kedua.

“Baginda ada tanya, saya masih berlakon lagi ke. Tetapi, disebabkan terlalu terkejut, saya terdiam dan tidak dapat berkata-kata.

“Dia ulang soalan sekali lagi dan ketika itu barulah saya jawab yang masih berlakon. Dia kemudian ucapkan alhamdulillah,” katanya.

Adam Corrie Sebelum ini, menyuarakan pendapatnya mengenai aktiviti dakwah di Malaysia

“Kalau Tak Mampu Berdakwah Jangan Halau Orang Yang Berdakwah”

Tak Mampu Berdakwah Jangan Halau Orang Yang Berdakwah : Adam Corrie
DAHULU saya sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.

Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.

Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut di akhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam.

Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. Kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.

Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.

Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Dah la kita ni malas pergi mencari ilmu.

Tepuk dada.
Tanya iman sendiri.

Senyum selalu.
Selalu bersangka baik.
InsyaAllah hati tenang.

Adam Corrie

Anda da baca,Apa pendapat anda jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber : mstar